Jika anda membeli hartanah melalui Perunding Hartanah anda patut tahu Standard Form agensi menyatakan pembeli perlu menandatangani S&P dalam tempoh 14 hari bekerja (daripada tarikh penjual menandatangani Letter Ofder to Purchase (LOP) atau Agreement to Purchase (ATP)).
Baca betul-betul. Bukannya selepas dapat loan baru pembeli sign S&P.
14 hari bekerja itu bersamaan dengan 3 minggu (termasuk Sabtu dan Ahad). Ia sangat mencukupi untuk peguam menyediakan S&P dan pembeli menandatanganinya.
Pembeli boleh meminta menambah syarat tetapi mesti atas persetujuan penjual. Jika penjual tidak bersetuju, maka penjual mungkin sekali tidak mahu meneruskan jualan kepada pembeli.
Contoh syarat tambahan yang boleh dibuat:
- Tempoh 21 hari bekerja untuk menandatangani S&P, atau
- Bergantung kepada kelulusan loan maksima 90% margin.
Syarat (i) adalah pengubahsuaian terma 14 hari tadi manakala syarat (ii) adalah tertakluk kepada 14 hari bekerja jika pembeli tidak meminta melanjutkan tempoh. Maksudnya, jika dalam tempoh 14 hari bekerja pembeli masih tidak mendapat loan yang bersesuaian, kedua-dua pihak boleh memilih membatalkan jual beli.
Syarat (ii) itu adalah lebih baik ditulis "pemulangan bayaran penuh deposit, jika pembeli tidak berjaya mendapat loan 90% margin".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan