Sabtu, 31 Ogos 2013

BANGLO CANTIK TAPI BANK BAGI NILAI RENDAH



Diketahui rumah banglo boleh dibina samada dengan rekabentuk owner sendiri ataupun daripada rekabentuk pemaju yang menjual tanah lot berkenaan.

Bersesuaian dengan status banglo (rumah sesebiji) maka ramai berpandangan bahawa harganya pasti mahal, tambahan pula jika tanahnya luas.

Itu bukanlah semestinya.

Ada tiga keadaan di mana rumah banglo mungkin sekali kurang nilai atau tak bernilai apabila:

1) Banglo Dibina Dari Kayu

Rumah banglo yang dibina daripada kayu atau separa kayu berpotensi untuk tidak bernilai atau bernilai rendah. Ada sesetengah bank hanya menilaikan tanah sahaja tetapi tidak menilai bangunan berkenaan.

2) Banglo Di Atas Tanah Pertanian

Walaupun dibenarkan membina sebuah rumah di atas tanah pertanian. Amat jarang bank ingin memberi pinjaman untuk pembelian bangunan. Malahan bank hanya memberi 50% amaun pinjaman sahaja kepada tanah pertanian berkenaan.

Owner memerlukan pembeli yang mempunyai tunai yang banyak untuk membayar 50% nilai tanah ditambah 100% nilai bangunan yang owner fikir wajar.

3) Banglo Tanpa Pelan Bangunan & CF

Banglo yang dibina sesedap hati tanpa owner asal pergi memohon kelulusan pelan bangunan daripada PBT sudah pasti juga tidak mendapat CF.

Bank mungkin sekali hanya memberi pinjaman untuk nilai tanah sahaja. Sekali lagi pembeli kaya yang banyak tunai diperlukan.

Ataupun owner asal buat magic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan