Sabtu, 24 Ogos 2013

TAK PERCAYA MARKET VALUE BANK BOLEH BUAT BEGINI


Salah satu kerenah penjual yang perlu dilayan adalah apabila mereka tidak percaya dengan market value rumah mereka yang diberitahu oleh Perunding Hartanah (itupun dapat daripada Bank yang juga mendapatkannya daripada Panel Penilai mereka).

Sering kali mereka menuduh Perunding Hartanah ada agenda sendiri apabila memberikan nilai yang rendah daripada apa yang ada dalam fikiran mereka.

Sebenarnya ada satu cara untuk menyelesaikannya.

Penjual sendiri kena lantik Penilai sendiri (maksudnya kena bayar yuran professional Penilai sebelum menjual). Penilai ini pula seharusnya Penilai yang menjadi panel banyak Bank. Tidak guna menggunakan khidmat Penilai yang bukan panel kerana Bank tidak akan menggunakan nilaian mereka.

Persoalannya, berapakah yuran professional Penilai?

Di bawah adalah jadual yuran mereka yang dibenarkan oleh LPPEH bagi penilaian perumahan:

RM100K pertama - 0.250%
RM1.9M seterusnya - 0.200%
RM5.0M seterusnya - 0.167%
RM8.0M seterusnya - 0.125%
RM35.0M seterusnya - 0.100%

Contohnya:

Jika rumah anda dinilaikan setinggi RM500K, maka yuran professional yang perlu dibayar adalah:

= (RM100K x 0.250%) + (RM400K x 0.200%)
= RM250 + RM800
= RM1,050

Jika dengan modal RM1,050 boleh menyelamatkan berpuluh ribu ringgit lagi mengikut tanggapan penjual, maka lebih baik laburkan duit ini untuk membayar yuran professional Penilai. Jangan kedekut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan