Sabtu, 3 Ogos 2013

MARKET VALUE KERJA VALUER (PENILAI)



Kalau anda tanya pada bank market value rumah anda, lain bank akan bagi lain value.

Pertamanya anda kena tahu bahawa market value diberi oleh penilai bukannya banker. Namun setiap bank ada penilai panel mereka.

Banker tadi memberi maklumat rumah anda tadi kepada penilai mereka melalui teks ringkas tanpa penilai melihat sendiri rumah berkenaan.

Penilai akan melihat rekod transaksi sebelum ini dalam pengkalan data JPPH dan memberikan market value berdasarkan data berkenaan.

Jadi persoalannya bagaimana pula boleh berbeza?

Penilai juga ada yang konservatif dan ada yang daring. Jadi mereka memberi market value mengikut tahap keyakinan mereka, maklumat-maklumat terbaik yang mereka ada dan andaian-andaian tertentu bagi maksud pengiraan mereka.

Pasti ada sedikit perbezaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan