Apabila Perunding Hartanah mengetahui yang rumah yang hendak dijual adalah kepunyaan bumiputera dan mempunyai sekatan kepentingan yang memerlukan state consent untuk dijual dan dipindahmilik, biasanya mereka akan menasihatkan tuan rumah untuk menjual kepada bumiputera juga.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa. Mari kita rungkaikan.
PERKARA ASAS
1. Jika ada sekatan kepentingan, bolehkah tuan rumah bumi menjual kepada bukan bumi?
Jawapannya adalah boleh. Nak jual pada sesiapa pun boleh.
2. Mengapa ditegah menjual kepada bukan bumi?
Setelah anda menjual dan mengambil booking 10% anda pasti mahukan baki 90% dibayar dengan cepat. Tetapi memandangkan anda perlu mendapatkan state consent (tanggungjawab penjual), apabila keadaan ini berlaku (bumi kepada bukan bumi), ia akan mengambil masa yang sangat lama.
3. Berapa lama untuk dapat state consent?
Jika bumi menjual kepada bumi atau bukan bumi menjual kepada bumi (pendek kata yang membeli adalah bumi), ia secepat satu bulan (biasa).
Jika bumi menjual kepada bukan bumi, ia boleh jadi ditolak beberapa kali dan perlu melalui proses rayuan. Walaupun telah dirayu beberapa kali belum tentu diluluskan.
Kes yang paling lama pernah didengari adalah selama 2 tahun. Dan balasan terakhir daripada state adalah diarah tidak boleh dipindahmilik untuk 2 tahun mendatang.
4. Adakah cara tertentu untuk mendapatkan state consent jika bumi menjual kepada bukan bumi?
Ada. Si penjual sakit teruk dan memerlukan duit untuk rawatan (perlu dokumen sokongan) dan telah membuktikan tiada pembeli bumi yang ingin membeli (perlu sokongan iklan jualan). ---> boleh minta nasihat peguam. Tempoh masanya bukan juga sekejap kerana perlukan menunjukkan effort penjual.
5. Nampaknya sukar untuk bumi menjual kepada bukan bumi. Bagaimana kalau bumi jual kepada bumi adakah apa-apa risiko?
Satu-satunya risiko menjual dengan bumi adalah 'tidak dapat nak jual mahal'. Diketahui kuasa membeli bumi sangat lemah. Maka mereka sekadar membeli pada market value atau di bawah market value. Jarang sangat yang akan membeli di atas market value.
Nota:
Jika penjual bumi mahu juga menjual kepada bukan bumi dan pembeli sanggup menunggu, keseluruhan 10% booking akan disimpan oleh agensi (3.18%) dan peguam (6.82%) sehingga consent diterima (kalau 2 tahun pun kena simpan 2 tahun lah).
S&P yang ditandatangani adalah S&P bersyarat.
Dalam keadaan ini sanggupkah penjual mendapat 100% duit selepas tempoh yang lama sedangkan nilai hartanah telah meningkat?