Sabtu, 14 Disember 2013

URUSAN MEMBELI DENGAN EJEN HARTANAH





Alternatif kepada pembelian terus dengan pemilik adalah membeli melalui ejen hartanah berdaftar.

Andaikan anda telah mendapat rumah yang anda inginkan dan ingin membelinya, anda perlu tanya soalan-soalan berikut:

  1. Berapakah harga pasaran? 
  2. Adakah harga jual masih boleh dikurangkan? 
  3. Bagaimanakah prosedur pembelian? 
  4. Adakah ejen akan membantu memperkenalkan kepada pegawai bank dan peguam untuk urusan seterusnya
Prosedur yang biasa digunakan kebanyakan agensi hartanah berdaftar adalah:
  1. Kebiasaannya pembeli perlu membayar 3% daripada harga jual sebagai deposit tanda jadi untuk tempahan atas nama agensi berkenaan (cek atas nama syarikat hartanah tersebut atau deposit tunai). 
  2. Pembeli diminta menandatangani borang tawaran pembelian (pastikan ejen menerangkan klausa-klausa penting di dalam borang tawaran pembelian sebelum anda tandatanganinya). 
  3. Pemilik pula akan diminta menandatangani borang yang sama di atas. 
  4. Ejen akan memberi satu salinan borang tawaran pembelian, salinan kad pengenalan pemilik, salinan perjanjian jual beli yang lama dan salinan geran berkenaan (jika ada) untuk tujuan permohonan pinjaman dan penyediaan perjanjian jual beli yang baru. 
  5. Pembeli melantik peguam untuk perjanjian jual beli dan permohonan pinjaman serentak.
  6. Dokumen perjanjian jual beli perlu ditandatangani dalam masa 14 hari bekerja dan baki bayaran wang muka iaitu 7% perlu dibayar ketika itu.
  7. Apabila perjanjian jual beli telah ditandatangani, pembeli perlu berurusan seterusnya dengan peguam yang dilantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan