Sabtu, 24 Januari 2015

LEPAS LULUS PINJAMAN, TAK JADI BELI RUPANYA BELI RUMAH LAIN


Kadang-kala anda pasti pernah dengar kes pembeli dah lulus loan tapi belum ada rumah. Alasannya penjual tidak jadi jual selepas loan itu lulus.Bukan semuanya begitu. Ada sesetengah kes pembeli ini sebenarnya dahulu menggunakan dokumen rumah lain untuk dia tahu berapa loan maksima tanpa niat untuk membelinya. Bila loan sudah lulus barulah mereka tahu jumlah maksima dan mereka mula mencari rumah yang dalam bajet berkenaan di lokasi yang mereka mahu.

Memang kelihatan menyusahkan. Tetapi mereka sanggup buat. Mereka berurusan direct dengan tuan rumah dengan meletak booking yang rendah (contohnya RM500) yang mereka tidak peduli jika hangus.

Oleh itu jika anda adalah penjual, sila bertegas untuk mendapatkan duit booking yang signifikan jumlahnya (jumlah besar untuk 'hangus') sebelum melepaskan dokumen. Tanpa dokumen itu mereka tidak boleh apply loan. Jadi anda tidaklah ternanti-nanti terlalu lama.Tambahan lagi, perlulah bersetuju dengan tempoh masa munasabah untuk kelulusan loan dan menandatangani S&P (tidak lebih sebulan). Ini perlu supaya penjual boleh mencari pembeli baru jika masa itu telah dilepasi dan pembeli menjadi sangat serius untuk menyelesaikan semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan