Sabtu, 31 Mei 2014

PERUNDING HARTANAH DESAK GUNA 'BANKER MEREKA'


Jika anda membuat pembelian hartanah melalui agensi hartanah adalah biasa jika Perunding Hartanah 'mewajibkan' anda memohon loan melalui bank yang mereka cadangkan.

Ini bukanlah sebab mereka dapat komisen daripada bank. Bank tidak beri komisen walau sesen pun.

Sebagai seorang Perunding Hartanah, menjayakan proses jual beli adalah keutamaan mereka. Kelulusan loan dan penyiapan S&P adalah sangat penting kerana komisen mereka bergantung kepadanya.

Tujuan anda diminta memohon loan daripada bank yang dicadangkan adalah kerana:

i) panel penilai bank berkenaan telah memberi nilaian di awal Perunding Hartanah mendapatkan listing berkenaan
ii) bank tersebut adalah bank yang boleh memberi pinjaman maksima terhadap hartanah terlibat (misalnya hartanah dalam master title lebih daripada 10 tahun)

Anda tidak digalakkan memohon loan di bank lain kerana anda sebagai pembeli tidak pandai memberi maklumat yang betul kepada pegawai bank dan ini menjejaskan nilaian.

Contohnya anda hanya membawa geran atau S&P terdahulu kepada bank tanpa maklumat berkenaan ubahsuai (renovation) yang boleh menambah nilai. Akhirnya anda akan menuduh Perunding Hartanah menipu anda pula.

Nota: Jangan peduli sangat dengan interest loan bank. Asalkan dapat loan tu dah kira baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan