Langkau ke kandungan utama

LEAKING DI FLAT ROOF


Viewing di rumah banglo di Cyberjaya. Masa nak balik lepas view berbual dengan owner. Salah satu cerita pasal leaking di bumbung rata (flat roof) dekat car porch/driveway. Kata owner dia dah repair waterproofing 3 tahun lepas tapi ini nak kena buat lagi.

Prospek pembeli tadi Consultant Civil Engineer. Saya juga Civil Engineer yang pernah buat maintenance dan handle masalah leaking. Masa kami berdua keluar dari rumah, prospek kata ini nak kena tengok kenapa. Itulah Civil Engineer. Bila kita nampak leaking kita tak kata waterproofing ada problem.

Kalau tanya orang yang bukan Civil Engineer atau kontraktor balik-balik cerita waterproofing rosak. 2-3 tahun buat balik. Itu sajalah yang depa dok ulang-ulang.

Gred konkrit tertentu sebenarnya boleh mencapai tahap waterproof. Tetapi workmanship semasa kerja konkrit selalu menyebabkan kualiti tidak tercapai.

Dalam kes rumah tadi saya lihat kemungkinan besar adalah fall pada flat roof itu gradientnya tidak cukup curam untuk air mengalir terus ke bawah. Mungkin ada air yang bertakung ataupun bila hujan lebat air terlalu perlahan turun (kerana tidak cukup curam).

Kedua mungkin selepas diletak waterproofing sebelum ini, lapisannya tidak dilindungi atau telah tercedera. Pengalaman saya lapisan waterproofing akan dilindungi oleh cement render tetapi cara handling semasa menjalankan protection juga boleh mencederakan lapisan waterproofing.

Apapun, perlu juga diketahui air mencari jalannya sendiri. Walaupun kita nampak watermark di A mungkin kebocoran sebenar yang serius di F. Ada cara repairnya. Kena baiki konkrit yang lemah dahulu dengan kaedah grouting dan kemudian baru letak waterproofing dan lapisan perlindungan sebelum cement screed dan render dengan fall yang lebih curam.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...