Sabtu, 22 Februari 2020

TIPS UNTUK OWNER BUAT IKLAN DI MUDAH.MY


Saya selalu buka iklan di Mudah.my. Bukan sahaja saya iklankan listing tetapi saya juga kadang-kala tengok rumah untuk disewa atau dibeli.

Selalu nampak iklan yang owner jual atau nak sewakan, iklannya langsung tak menarik.

Tuan/puan owner. Saya tahu tuan/puan kedekut nak bayar khidmat ejen. Itu hak tuan/puan. Tapi buatlah iklan tu senonoh sikit.

Banyak kelemahan dalam iklan tuan/puan. Tak selera pembeli dan penyewa yang serius (macam saya) nak pergi view rumah tersebut.

Saya senaraikan apa nak dibaiki di bawah.

1. GAMBAR

Ambil gambar banyak-banyak. Sebab bila buka dekat pc ada gambar yang tak cantik kena buang. Pilih yang cantik sahaja.

Yang cantik tu ambil gambar LURUS, TEGAK, kalau boleh nampak lantai, dinding dan siling. Kalau nak nampak besar kena ambil shot level lutut atau atas kepala. .

Pastikan juga pencahayaan jelas. Jangan gelap, kabur atau ada bayang-bayang. Masa ambil gambar tu ON semua lampu.

Yang penting juga, dalam gambar tu ambil lah shot rumah tu kemas dan bersih. Janganlah ada sampah, ada kain bersepah tak lipat, anak-anak berlingkar depan TV dll.

2. DETAILS

Tulis perincian dalam iklan tu cuba fikir siapa yang akan suka nak tinggal di sini? Jadi tulis perincian berkenaan. Contohnya, kawasan komuniti Melayu, berhampiran sekolah (nama sekolah), gated and guarded dll.

Ini tulis pun malas. Yang dia ingat nak tulis, "Ejen jangan telefon". Kalau kes macam ini baik ejen yang handle. 😆

Nota:

Dah try sebulan dua iklan sendiri tapi tak jalan tu pakailah ejen. Takde maknanya nak jual sendiri. Banyak lagi ilmu menjual ni nak kena belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan