Apa maksud serious buyer? Adakah dia berwatak serius? Adakah misai dia tebal? Adakah dia seorang boss? Adakah dia tak tahu senyum?
Bukan.
Serious buyer adalah buyer yang serius nak beli. Since saya cerita pasal hartanah, maksudnya buyer serious nak beli hartanah adalah buyer yang ada duit deposit, boleh lepas loan dan bukan melancong dan melencong.
Serious buyer selalunya akan bayar booking dalam masa tidak lebih dua minggu selepas viewing. Yang paling serious lepas viewing terus booking.
Jadi kalau buyer dah dekat sebulan pun belum berbunyi maksudnya tak serious. Dia masih melancong. Kalau macam ini jangan berharap sangat. NEXT kan saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan