Sabtu, 8 Februari 2020

PROPERTY TAK TERJUAL?


Kalau property anda tak terjual ketahuilah ada dua sebab sahaja. Pertama iklan tak banyak. Kedua harga itu buyer rasa masih mahal.

Selalunya lebih banyak sebab kedua.

Anda kata anda dah turunkan below market value pun masih tak ada buyer call. Sebabnya harga itu masih buyer perceive mahal.

Turunkan sampai ada satu call mula masuk disebabkan iklan di property portal (bukan banner). Tahan harga itu beberapa ketika. Kalau banyak call masuk maka harga itu dah diterima tapi buyer Malaysia ini suka tawar-menawar, maka expect beberapa puluh ribu lagi diskaun.

Tapi jika selepas satu call itu takde lagi call, maka turunkan lagi harga dan repeat seperti perenggan di atas.

Senang je kan nak jual? Bukan susah mana pun. Turunkan harga ada lah buyer.

Nota:

Buyer call daripada banner tak boleh dikira kerana dia tak tahu harga iklan. Mana-mana medium yang buyer call tanpa tahu harga tak boleh dikira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan