Sabtu, 23 Ogos 2014

SALAH FAHAM ATAU KENA TIPU


Ini satu contoh klasik bagaimana pembeli bumiputera boleh kena tipu oleh pemaju:

Pembeli bumiputera yang naif ini hendak beli rumah untuk pelaburan (jual semula selepas beberapa tahun). Untuk memaksimakan keuntungan, pembeli tersebut membeli lot-lot yang dikatakan lot bukan bumi (supaya lain kali boleh dijual kepada bukan bumi dengan harga yang mahal), setelah dipengaruhi oleh sales person bagi pihak pemaju.

Status bumi lot atau bukan bumi lot adalah s
tatus semasa jualan pertama daripada pemaju kepada pembeli pertama, tetapi selepas itu status tadi tidak ada lagi.

Masalahnya bila rumah itu berstatus leasehold, terdapat sekatan kepentingan yang memerlukan state consent untuk dipindahmilik. Dan bagi seorang bumiputera untuk menjual kepada bukan bumiputera, sangat susah untuk mendapat consent, menyebabkan majoriti pembeli bukan bumiputera tidak berminat.

Kesiannya, dah lah rugi masa beli tak dapat diskaun 7% (lot bukan bumiputera), nak jual pun tak berapa mahal sebab kuasa membeli pembeli sub-sale bumiputera mungkin lebih rendah.

Maka, sebelum melabur duit, pergilah melabur kepada ilmu. Atau berkawan dengan mereka yang bijak pandai dalam bidang berkaitan. Mungkin mereka tidak kaya macam anda, tapi mereka pandai buat orang lain kaya.

Bukankah ramai yang begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan