Sabtu, 2 Ogos 2014

BELI TANAH KAMPUNG STYLE

Orang Melayu selalunya penjimat. Mereka suka beli murah. Begitu juga dalam hal beli tanah lot banglo.

Kebanyakan pembeli ini tidak tahu apakah jerat yang mereka sedang hadapi. Bila tanah lot banglo itu terlalu murah cuba tanya soalan berikut:

i. siapa yang buat infra (paip air, tiang elektrik, sistem pembentungan, saliran, tembok penahan)?

ii. apakah status geran? pertanian atau bangunan kediaman?

iii. sudah adakah geran individu?

iv. apakah lokasi ini selamat (bebas banjir dan tanah runtuh)?

v. adakah syarat lain yang berbeza atau istimewa?

vi. kenapa murah sangat?

vii. bank mana yang bagi pinjaman?

Kalau banyak sangat kos lain yang belum diambil kira sebaiknya anda buat kajian kos keseluruhan. Mungkin saja ia tidak berbaloi. Jangan ikut nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan