Sabtu, 30 Ogos 2014

BELI DENGAN PEMAJU, BUAT KAJIAN SENDIRI

Biasa anda lihat pemaju menjemput so-called pakar hartanah untuk mempromosikan projek mereka dan anda akan terpersona dengan semua sales pitch yang dibuat oleh mereka sehingga anda booking sebuah unit tanpa fikir panjang.
Ditambah pula, jika anda bayar booking pada hari berkenaan sangat banyak kelebihan ditawarkan oleh pemaju. Ini adalah promosi yang bersifat urgency.
Nasihat saya jangan dengar dan percaya cakap pakar berkenaan semata-mata. Buat analisa anda sendiri. Kebanyakan pakar ini dibayar oleh pemaju untuk hadir. Adakah anda fikir mereka akan memburukkan projek berkenaan?
Saya tidak menentang mana-mana pakar hartanah. Cuma saya tidak setuju dengan marketing menipu seperti membesar-besarkan kelebihan projek (kerana dibayar oleh pemaju). Namun jika ia memang benar-benar bagus tiada salahnya.
Pendek kata, buat juga analisa sendiri dan kawal emosi anda semasa di Sales Gallery. Kalau betul bagus (sesuai dengan kriteria anda), teruskan membeli. Bukan sebab ikut-ikut orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan