Jangan tanya ejen hartanah samada mereka mempunyai unit hartanah
yang dijual 30% - 40% bawah harga pasaran dengan yield 8% ke atas untuk
anda beli dengan menggunakan mark-up loan (loan 100% atau nama lainnya tanpa modal).
Sebabnya:
Sebabnya:
- Itu cerita zaman dahulu-kala, sekarang sudah sukar didapati dalam sub-sale market. Mungkin wujud dalam lelongan sahaja.
- Kalau ada pun, ejen hartanah ini terlebih dahulu membelinya, kerana mereka mempunyai maklumat terawal. Lagi pula kebanyakan ejen hartanah ini banyak duit.
- Minta tolong dengan air liur ini memang jaranglah orang nak tolong. Bukan tolong orang miskin papa, tolong orang invest, tapi satu sen haram pun tak mahu beri insentif.
