Selasa, 6 Julai 2021

Tambah Pendapatan Zaman Covid-19


Saya pun sebenarnya tak boleh survive kalau bergantung kepada kerjaya REN semata-mata.

.
Ia tak seperti dulu (beberapa tahun lepas). Banyak benda 'membunuh' REN. Sebagai contoh HOC dan rebat tinggi daripada developer mengalihkan pembeli daripada subsale ke undercon.
.
Undercon ni masalahnya banyak developer bagi komisen kecil dan bayarannya makan masa sampai 6 bulan ke setahun. Sementara nak tunggu komisen tu REN dah meninggal dunia.
.
Bila buat subsale, owner (penjual) selalu tak faham kenapa rumah mereka tak boleh jual mahal. Mereka sentiasa ingat REN ni tipu mereka. Jadi banyak REN give up buat subsale sebab tak sanggup nak melayan kerenah owner.
.
Jadi ia adalah industri yang suram kepada REN.
.
Bila kena PKP Lockdown ini REN full time bertambah sakit. Menunggu claim projek undercon semakin lambat sebab construction stop work (komisen ikut progress).
.
Yang subsale tak boleh viewing. Ada yang berani bawa viewing dah kena saman berpuluh ribu RM.
.
Duit simpan daripada claim terdahulu lama-lama tu habis juga.
.
Saya fikir saya tak boleh berterusan begini. Kena make a move. Maka saya pun melebarkan sayap jadi Perunding Takaful dengan FWD Takaful. Ini bukan bermaksud saya abandon terus kerjaya REN tapi ini adalah safety net saya.
.
Di sini kalau achieve target bulanan dapat elaun RM3,000 ke RM5,000 sebulan, jadi saya rasa baik saya cuba. Baru sebulan sahaja saya cuba, bulan pertama tak achieve target (biasalah benda baru).
.
Apa saja benda baru bukanlah mudah. Kenalah cuba sampai jadi. Yang OK nya bulan pertama saya dah ada kes.
.
Kalau tanya saya kenapa saya tiba-tiba positif tentang takaful. Ia adalah perubahan perspektif saya. Saya melihat semua orang perlu ada takaful life sebab kalau takde harta nak tinggalkan kepada family sekurang-kurangnya ada duit untuk ditinggalkan.
.
Semalam saya buat anggaran. Kalau saya nak beli rumah RM500K, untuk umur saya sekarang saya kena bayar RM2,300 sebulan. Tapi kalau saya sewa baru RM1,200 dan kalau saya takut tak tinggalkan harta (takde rumah) saya ambil sahaja takaful RM500K, dan saya hanya perlu bayar dalam RM300 sebulan.
.
Permudahkan kiraan, saya hanya perlu spend RM1,500 dan saya selamat duit RM800 sebulan. Yang lagi best takaful tu saya boleh hibahkan dan ia tak tertakluk untuk bayar hutang rumah (sebab memang takde rumah pun), waris tak payah berebut dan tak puas hati pasal faraid.
.
Dalam bahasa mudah, saya telah hedge risiko saya. Jadi saya ada freedom di bahagian lain.
.
Jangan salah faham bahawa saya tak menggalakkan orang beli rumah. Saya cuma memberi perspektif berbeza kepada orang yang rasa sukar nak menyimpan duit dan nak buat loan terutama yang bekerja sendiri.
.
Dalam kes di atas kalau tak boleh nak contribute untuk RM500K mulakan lah dengan apa yang mampu.
.
Di luar negara, generasi baru telah berubah paradigma dengan tidak mahu dibebankan dengan hutang rumah dan kereta. Tak mustahil akan berlaku di Malaysia.
.
Saya ingin mengajak anda yang mahu mencuba kerjaya sebagai Perunding takaful untuk join team saya. Dah tentulah bukan saya leadernya. Leader mesti yang dah ada banyak experience daripada saya. Mereka berpengalaman untuk bantu saya dan anda mengharungi industri ini.
.
Jika berminat boleh contact saya dengan klik www.wasap.my/+601154152769/kerjayatakaful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan