Khamis, 22 Julai 2021

Tiga Fasa Harta


Fasa 1: Accumulation (Pengumpulan)

Ini fasa permulaan semua orang. Kerja dan kumpul harta seperti rumah, kenderaan dan aset lain.
.
Fasa 2: Protection (Perlindungan)
.
Pada fasa ini sepatutnya setiap orang mengambil produk takaful untuk melindungi harta dengan cara melindungi diri. Harta seperti rumah dilindungi dengan MRTT/MLTT dan takaful kebakaran. Kemudian perlindungan diri lain seperti produk takaful life / critical illness / accident / medical untuk 'melindungi harta daripada tergadai / dijual untuk menampung kos perubatan / kematian / lumpuh.
.
Fasa 3: Distribution (Pembahagian)
.
Ini fasa paling penting tapi paling ramai tak buat iaitu pembahagian selepas mati. Sebab masa hidup tak buat siap-siap. Lebih 70 billion harta umat Islam terbeku setakat ini. Sebab waris tak uruskan harta si mati. Cuba bayangkan duit tu tak mendatangkan hasil, walhal boleh sahaja sebahagiannya diwasiatkan untuk pembinaan masjid / sekolah yang boleh memberi pahala berpanjangan kepada si mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan