Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

JANGAN BAWA HUTANG SAMPAI MATI

Kita tak boleh anggap lepas kita mati hutang akan langsai dengan sendirinya. Kita tak boleh sangka semua pihak yang kita berhutang akan berlapang dada dan menghalalkan hutang kita. Bagi umat Islam kit adah diberi amaran bahaya hutang tidak dibayar. Pernah tak kita terfikir adakah waris-waris akan menyelesaikan hutang anda jika anda mati? Kalau anda mati tinggalkan duit mungkinlah juga. Atau bila anda buat hibah takaful kepada waris dan anda pesan kepadanya untuk settlekan hutang anda mungkin waris akan buat walaupun hibah itu hadiah atas nama dia. Hutang kereta, tak boleh bayar boleh pulangkan kereta kepada bank. Hutang rumah pun sama, mungkin boleh jual selesai hutang bank ada duit atau mungkin MRTT/MLTT bayarkan. Tapi hutang kad kredit, personal loan, ini mana ada bersandarkan insurans/takaful. Barangnya pun dah tak ada. Macam mana nak bayar kalau dah mati? Hutang tetap hutang. Orang alim tak bayar hutang pun tergantung lagi urusannya. Fikirkanlah. Saya berpendapat setiap orang darip...

CROSS HIBAH

Suami ambil takaful cover diri sendiri dan hibahkan 100% kepada isteri. Isteri ambil takaful cover diri sendiri dan hibahkan 100% kepada suami. Jadi dalam kes salah seorang meninggal dunia, pampasan hibah akan diterima oleh pasangan yang masih hidup. Masalah selalu saya jumpa, suami tak nak ambil takaful untuk cover diri dia. Ini samada dia tak cukup duit bulan-bulan atau dia bertangguh. Kalau berlaku kematian memang susah lah isteri (dan anak-anak). Kalau tunggu faraid bertahun-tahun baru dapat duit. Kalau hibah ni dalam sebulan je dah dapat duitnya. Selalu saya advise isteri untuk registerkan sahaja suaminya tetapi wife yang bayar. Nama pemegang polisi tu suami. Nama orang dilindungi pun suami. Tapi yang bayar nya isteri. Dan hibahkan 100% kepada isteri. Jadi selesai masalah suami yang degil tak nak ambil takaful dan isteri pun boleh teruskan kehidupan dengan aman. Cuma isteri lah yang terpaksa bayar untuk diri sendiri dan suami. Nak buat macam mana. Suami belum dapat hidayah (keseda...

TUNTUTAN HARTA PUSAKA

Tadi saya inform kawan saya, kalau harta alih dan tak alih melebihi RM2 Juta nilainya baiklah buat wasiat dan lantik wasi as-Salihin. Sebabnya lebih RM2 Juta dah tak boleh nak masuk pusaka kecil. Amanah Raya hanya handle harta alih (duit simpanan). Jadi waris kena buat di Mahkamah Tinggi. Kalau waris nak buat sendiri kena lantik 2 penjamin (bon pentadbiran) yang assetnya setara untuk dapatkan surat kuasa mentadbir. Kalau ada penjamin yang berharta macam tu OK lah. Kalau tak ada baiklah buat wasiat dengan as-Salihin dan lantik terus jadi wasi. Sebab as-Salihin tak perlu bon, terus boleh buat permohonan probet dan sijil faraid. Hamizi Hamdan IEP, as-Salihin Trustee Berhad 6017 6017 699

PENTADBIRAN & PENGAGIHAN HARTA PUSAKA ISLAM

Umum tahu kalau orang Islam meninggal dunia, hartanya akan digelar pusaka dan akan diagihkan kepada waris melalui kaedah faraid. Waris faraid ada beberapa lapisan. Yang terutama bagi setiap orang adalah ibu, bapa, pasangan (suami/isteri) dan anak-anak. Ia akan jadi lebih kompleks bila si mati tiada anak lelaki (semua anak perempuan), tidak pernah berkahwin dan ibubapa telah meninggal dunia, dan waris-waris itu pula meninggal dunia (kena baca waris berikut). Ok itu yang umum tahu sedikit sebanyak. Yang umum tak tahu adalah jika mereka dah uruskan semuanya semasa mereka hidup, ia tak akan jadi masalah pun. 1. Urusan pengkebumian (mati pun pakai duit) kena selesai dahulu 2. Hutang dunia/akhirat kena langsaikan 3. Rumah samada dihibah kepada pasangan atau buat perjanjian asset perolehan bersama. Jadi rumah tak akan termasuk dalam harta nak difaraid 4. Sebahagian asset (tak lebih 1/3) diberi kepada bukan waris faraid (jika ada anak angkat atau keluarga yang masih belum Islam) ataupun gunaka...

PENJAWAT AWAM YANG ADA RUMAH DIBIAYA OLEH LPPSA BUATLAH BEGINI

1. Selalu jadi isu rumah itu akan difaraidkan jika berlaku kematian penama (pasangan). Ini ada penyelesaiannya. 2. Minta pasangan buat HIBAH HARTA BERCAGAR. Lihat contoh di bawah. 3. Jika nama dalam geran nama SUAMI sahaja. Loan pun nama SUAMI sahaja. Minta dihibahkan sepenuhnya kepada ISTERI. Dalam kes LPPSA, loan habis dibayar oleh MRTT dan rumah milik isteri. 4. Jika nama dalam geran ada dua nama SUAMI & ISTERI tetapi loan 1 nama sahaja iaitu SUAMI. Minta SUAMI hibah bahagiannya kepada ISTERI. Bila suami mati, kedua-dua bahagian nama isteri. 5. Jika nama dalam geran dan nama loan dua-dua SUAMI & ISTERI. Dua-dua boleh cross hibah. Jika salah seorang mati, maka yang hidup dapat kedua-dua bahagian. Tetapi dia masih perlu bayar pinjaman bahagian asalnya kerana MRTT hanya cover sebahagian pada si mati.

HIBAH, WASIAT & FARAID

Segala duit, rumah, saham, bon, bitcoin, dan harta lain akan beku bila anda mati. Proses pembahagian harta bermula apabila waris MENUNTUT. Ia tak bergerak atau terbahagi secara automatik. Jika anda ingin memudahkan waris, buatlah HIBAH dan WASIAT semasa anda masih hidup. Hibah adalah pemberian atau hadiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh waris faraid. Wasiat adalah satu usaha melaksanakan hasrat anda selepas anda mati melalui wasi yang dilantik. Hibah dan wasiat adalah lebih utama sebelum FARAID.

HARTANAH BUKAN ASSET YANG MUDAH CAIR

Zaman pandemik ini baru nampak kan bahawa property bukanlah asset yang mudah dicairkan. Memang naya kepada yang ada banyak property tapi tiada liquidity. Don't put you eggs in one basket. Buatlah beberapa portfolio, bukan satu sahaja Maksud tak mudah dicairkan: 1. Nak jual harga sedap, dah jadi susah 2. Nak pakai duit, nak cepat, tapi urusan makan masa sebab pejabat kerajaan, peguam tutup 3. Kalau biasa 3-6 bulan settle boleh dapat duit, tapi sekarang dah jadi makan tahun 4. Biasa mudah nak sewakan, sekarang penyewa pun keluar nak dapat ganti susah. Nak jual (cut losses), baca balik 1-3 di atas 5. Ada penyewa, tapi dah banyak bulan tertunggak. Penyewa dari syurga pun dah susah nak bayar sewa sebab dah berbulan tak bekerja Saya bukan nak menakutkan anda. Anda kena bezakan optimistik, pesimistik dan realistik Orang yang optimistik ini risk taker yang kadang-kala gambler (penjudi nasib) bila ia tak ada ilmu melihat kepada realiti. Kalau terciduk salahkan diri sendiri Masuklah kelas ma...

1/3 HARTA PUSAKA BOLEH DIJADIKAN JARIAH YANG BERPANJANGAN

1/3 daripada harta pusaka kita boleh dijadikan amalan sedekah jariah. Caranya, buatlah wasiat. Itu yang orang-orang kaya boleh bina masjid selepas mereka meninggal dunia. Pahalanya sehingga kiamat.

COVID-19 MENGGANAS, RAMAI YANG MATI

Sekarang ini terlalu ramai yang meninggal dunia kerana Covid-19 tidak kira umur. Dulu kita jarang dengar. Kalau ada pun dari jauh. Tapi sekarang sekeliling kita. Ada yang terkorban itu kawan-kawan kita, ahli keluarga dan jiran-jiran. Kita dah tak boleh anggap ajal ini jauh daripada kita. Ia boleh sahaja jadi kepada kita bila-bila masa. Di sini saya menyeru kepada anda yang belum ada Takaful untuk ambil pelan dan dihibahkan kepada pasangan (suami/isteri), ibubapa mahupun anak-anak dan orang yang anda sayang. Keluarkan lah sedikit amaun untuk menjamin masa depan mereka jika anda tiada lagi. Hubungi saya untuk kita berbual lanjut. HAMIZI 011 5415 2769 NOTA: BAGI COVID-19 SURVIVOR, SYARIKAT TAKAFUL MEMBEKUKAN PERMOHONAN BARU BUAT MASA INI

COMPANY DAH BAGI TAKAFUL, TAK PAYAH AMBIL SENDIRI?

Biasa dengarkan? Ini bagi pekerja di syarikat yang besar selalu memang syarikat sediakan kemudahan takaful (atau insurans). Ada beberapa silap faham di situ. Saya harap saya dapat jelaskan. 1. BERAPA LAMA ANDA AKAN BEKERJA DI SITU Mungkin ada yang bekerja di sana sampai pencen, tapi lepas pencen kalau masih hidup siapa nak bayarkan takaful? Masa itu nak ambil sendiri umur dah tua memang mahal harga Yahudi. Kalau nak ambil medical card pula mungkin kena reject sebab dah banyak penyakit atau kalau bagi pun exclusion (tak masuk penyakit sedia ada) atau loading ke atas premium harga setan. 2. MANFAAT TAKAFUL PERGI KEPADA SYARIKAT Ini paling ramai tak tahu. Bila syarikat bayar dah ada absolute assignment kepada syarikat kalau berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal. Maksudnya, contoh pekerja mati, syarikat takaful akan bayar manfaat ke akaun syarikat (majikan) anda. Di situ, atas budi bicara syarikat (majikan) untuk allocate berapa nak bagi kepada waris pekerja yang mati tadi. Sa...

HIBAH TAKAFUL SAHAJA YANG CAIR BILA KITA MATI

" Mizi. Aku dah OK. Kereta BMW dah habis bayar, rumah dah habis bayar, ASB ada RM100,000 cash". Ini adalah apa yang kawan saya bagitahu saya lebih 12 tahun lalu. Masa itu saya pun keje makan gaji. Dengar je lah. Bukan boleh bagi nasihat apa-apa sendiri pun tak pandai dan takde duit sebanyak tu. Tapi hari ini kalau saya jumpa dia, saya akan suruh dia ambil pelan takaful yang boleh dihibahkan. Sebab apa? Sebab bila dia mati, semua yang dia sebut tadi akan dibekukan dulu untuk proses faraid. Tapi hibah daripada takaful, akan dibayar segera kepada beneficiary (dalam masa kurang sebulan) dan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ia tidak boleh dicabar dan juga tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati. Bukan saya nak kata faraid tak bagus dan bukan saya nak kata hutang simati jangan dibayar. Ini kes di mana waris terdekat yang ditinggalkan seperti isteri, anak-anak dan ibubapa boleh hidup selesa seperti biasa sementara mereka menunggu harta faraid dan juga sementara mer...

BACA INI, JIKA ANDA PENJAWAT AWAM INGIN BELI TANAH/RUMAH

PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH UNTUK MEMBELI RUMAH BAGI PENJAWAT AWAM 1. Kira kelayakan pinjaman semasa dahulu. Ini adalah panduan harga maksima yang mampu anda beli menggunakan pembiayaan LPPSA. Klik link berikut untuk kami bantu: www.wasap.my/+60176017699/kirakelayakanlppsa 2. Pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk bayaran fi peguam untuk urusan jual beli kerana ia tidak boleh dimasukkan dalam pinjaman LPPSA. Wang booking juga mungkin perlu jika diminta oleh penjual atau perunding hartanah 3. Seterusnya anda boleh kenalpasti lokasi yang spesifik yang anda ingin beli, sebagai contoh: i. Lokasi berdekatan tempat kerja ii. Lokasi terakhir untuk bersara 4. Pilih jenis rumah yang bersesuaian dengan kelayakan pinjaman anda dan lokasinya. Buat carian di portal seperti Mudah.my, iProperty, PropertyGuru dan EdgeProperty misalnya untuk mendapatkan anggaran kasar harga jualan 5. Pastikan anda lihat iklan daripada perunding hartanah yang berdaftar. Mereka akan iklankan dan letak nomb...

MRTT SUDAH TAMAT, TAPI HUTANG ADA 25 TAHUN LAGI

Seorang lagi kawan saya di Kolej MARA Kulim dahulu cerita pasal rumah yang dibeli dah tamat MRTTnya tapi hutang bank ada 25 tahun lagi. Dia tanya saya apa nak buat. Saya kata mula-mula kena sedar bahawa kalau berlaku kematian, maka tak kira rumah itu dibayar full oleh MRTT pun ia tetap kena FARAID sebab ia akan jadi HARTA PUSAKA. OK untuk kes dia memang takde MRTT lagi. Sebaiknya cepat-cepat ambil Life Takaful dan hibahkan kepada pasangan. Bila hibah maksudnya hadiah. Hanya boleh dibuat masa hidup. Kalau tak mampu nak bayar bulanan tinggi, ambil sahaja berapa mampu. Contoh katakan hutang bank RM400K. Tapi mampu ambil Takaful RM200K sahaja coverage. Jadi RM200K dihibah kepada pasangan atau/dan ibubapa, maka terpulang kepada mereka rumah tadi nak dijual dan difaraidkan tapi waris ini ada duit hibah nak belanja/makan sehingga amaun RM200K. Maksud di sini, lupakan lah pasal rumah nak dijadikan asset kepada pasangan dan anak-anak jika Takaful anda tak mampu nak cover full amaun jumlah baki ...

AMARAN! MRTT BANK TIDAK CUKUP COVERAGE

Jika anda beli rumah dengan pembiayaan bank selama 35 tahun dan hanya ada MRTT yang tidak cover full tenure dan amaun mencukupi untuk cover loan sepanjang tenure, ketahuilah bahawa anda lebih teruk daripada menyewa rumah. Sebab apa? Bila-bila anda mati dalam tempoh pembiayaan, MRTT tak cukup bayar hutang rumah. Jadi confirmlah waris kena jual. Duit hasil jualan bayar hutang bank dulu, lepas tu bayar lawyer, bayar ejen apa baki tinggal kena faraid. Dahlah ansuran bulanan bank adalah lebih tinggi daripada sewa, tapi hasil akhir mengecewakan. Tapi ada penyelesaiannya. Pergilah ambil life takaful cover amaun tak cukup tu. Extra sikit lagi baik. Lepas tu hibah kepada pasangan dan ibubapa.

PINJAMAN BANK 35 TAHUN, MRTT 10 TAHUN SAHAJA

Kawan saya masa di Matrikulasi USM, WhatsApp saya bertanya pasal MRTT rumah yang dia beli. PART 1: Dia bagi jadual MRTT 10 tahun. Amaun tahun pertama hampir RM314K. Lepas 10 tahun RM0. Saya tanya dia adakah dia buat loan 10 tahun (yang saya rasa mustahil)? Dia kata dia buat loan 35 tahun. Bala ni. Saya tunggu dia bagi info lanjut. 1. Berapa jumlah loan asal? 2. Dah berapa lama bayar loan? 3. Sejak bila MRTT cover? 4. Berapa nama dalam SPA? 5. Berapa nama yang dalam loan agreement? Lepas tu baru saya advise. Most likely saya akan suruh dia ambil life takaful untuk cover amaun yang tak dapat cover oleh MRTT. Cuma berapakah amaunnya dan macam mana strateginya nanti bila dapat info baru saya bagitahu dia. Malam nanti saya share (kalau dah conclude). PART 2: Sambung balik kes kawan saya semalam. Dia beli rumah subsale pada 2013 dengan pinjaman RM339K. Masuk tahun 2021 maksudnya dah 8 tahun. Hutangnya masih ada RM312K. Pinjaman bank ini sehingga 35 tahun tapi MRTT sampai 10 tahun sahaja. Jad...

KES PEMBELIAN RUMAH DARIPADA PEMAJU GUNA PEMBIAYAAN LPPSA MASA LOCKDOWN

Alhamdulillah. Kes buyer penjawat awam yang apply LPPSA untuk beli rumah undercon di Penang dah lulus. Saya nak share kes ini sebab ia unik. Sebab saya nak berlagak sikit saya dapat settlekan kes ini dengan skill perunding hartanah dan skill perunding pembiayaan LPPSA sekaligus. Bila masuk kes LPPSA saya tak akan cerita kepada client yang saya juga adalah perunding hartanah. Saya hanya akan keluarkan bila perlu sahaja. Tapi untuk kes ini saya terpaksa reveal awal kepada client dan pemaju. Kes nya begini. Saya cuba ringkaskan. Pembeli nak beli dengan pemaju. Tapi dua orang wakil pemaju yang dia hubungi kata dia layak loan LPPSA rendah dan dia kena topup banyak. Dia dapat no saya di FB Group yang membincangkan pembiayaan LPPSA dan hubungi saya. Setelah saya dengar ceritanya dan selepas saya sendiri check kelayakan loan ternyata tak benar. Memang dia perlu topup, tapi sedikit sahaja. Kelayakannya lebih tinggi. Jadi saya ajar dia untuk cakap dengan pemaju. Tapi dia dah hampa dan kecewa. Di...