Langkau ke kandungan utama

COMPANY DAH BAGI TAKAFUL, TAK PAYAH AMBIL SENDIRI?



Biasa dengarkan? Ini bagi pekerja di syarikat yang besar selalu memang syarikat sediakan kemudahan takaful (atau insurans).

Ada beberapa silap faham di situ. Saya harap saya dapat jelaskan.

1. BERAPA LAMA ANDA AKAN BEKERJA DI SITU

Mungkin ada yang bekerja di sana sampai pencen, tapi lepas pencen kalau masih hidup siapa nak bayarkan takaful? Masa itu nak ambil sendiri umur dah tua memang mahal harga Yahudi.

Kalau nak ambil medical card pula mungkin kena reject sebab dah banyak penyakit atau kalau bagi pun exclusion (tak masuk penyakit sedia ada) atau loading ke atas premium harga setan.

2. MANFAAT TAKAFUL PERGI KEPADA SYARIKAT

Ini paling ramai tak tahu. Bila syarikat bayar dah ada absolute assignment kepada syarikat kalau berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal.

Maksudnya, contoh pekerja mati, syarikat takaful akan bayar manfaat ke akaun syarikat (majikan) anda.

Di situ, atas budi bicara syarikat (majikan) untuk allocate berapa nak bagi kepada waris pekerja yang mati tadi.

Salah ke? Tak salah.

Memang manfaat kematian pekerja tadi syarikat dapat dan perlukan (sebahagiannya) untuk kos mendapatkan pekerja baru, training pekerja baru, kehilangan peluang (opportunity cost) kerana kekurangan kompetensi akibat kematian pekerja (terutama pekerja berkemahiran).

KESIMPULAN:

Anda sendiri pun kena ada takaful sendiri, jangan harapkan syarikat. Kalau dibuat macam zaman Covid-19 ini syarikat ada tekanan kewangan, bukankah penting manfaat takaful ini kepada syarikat?

Renung-renungkan.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...