Isnin, 23 Ogos 2021

Hibah Takaful Dah Bagus, Tapi Ada Dua Keadaan Masih Perlu Difikirkan


Tadi pagi saya mengikuti zoom meeting anjuran as -Salihin Trustee. Depa invite perunding takaful untuk sessi sharing berkenaan Amanah Takaful.

Banyak ilmu yang saya dapat sebagai perunding takaful untuk advise kepada client (nanti lain kali saya akan share).

Cuma tadi saya tertarik kepada permasalahan kes hibah diberi kepada isteri jika suami mati, tetapi ada beberapa kes yang kalau terjadi masih belum cukup sekadar hibah sahaja.
kejadian pertama di mana suami koma pampasan takaful dibayar ke akaun suami tetapi suami tak boleh buat apa-apa. Isteri pun tak dapat nak guna untuk urusan perubatan suami. *Peringatan, dalam keadaan suami koma, pengeluaran duit kerana isteri ada password akaun bank juga salah di sisi undang-undang.

Kejadian kedua yang banyak berlaku sekarang, penerima hibah (isteri) juga mati tak lama selepas suami mati atau ada yang mati serentak. Pampasan takaful (hibah) tadi beku di akaun isteri. Anak-anak pun tak dapat guna.

Ok ini patut difikirkan secara serius juga. Siapa yang ada hibah takaful melebihi RM200,000 patut melihat keperluan pengurusan jika dua kejadian begini berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan