Langkau ke kandungan utama

TAHUN 2021 YANG SUKAR




Semalam saya kata kepada wife saya. "Dalam internet ada macam-macam ilmu. Senang nak cari. Percuma pulak tu. Cuma bila terlalu banyak, kita jadi tak tahu mana nak start". Banyak orang ada handphone mahal tapi dia tak guna atau tak tahu guna dengan betul. Ada data plan yang unlimited tapi hanya guna untuk bersosial.


Bulan Julai dah nak sampai hujung. Maksudnya dah 2 bulan kebanyakan kita di Lembah klang tak bekerja. Bagi yang bekerja sendiri sebagai contoh Perunding Hartanah itu bermakna kebanyakan kita tak ada pendapatan selama 2 bulan. Kita mungkin survive dengan claim lepas yang dapat sebelum Jun.

Tak nampak lagi bulan Ogos kita akan dibenarkan pergi kerja. Setakat Julai ini saya dapat bantuan kerajaan RM500 sahaja sedangkan saya perlu minima RM7,000 sebulan setakat nak survive. Ini gila.

Tapi itulah. Ada benda memang kita tak boleh kawal. Kita boleh complaint tapi takde sapa peduli apa kita cakap.

Untuk buat benda yang sama berulang-kali dan mengharapkan keputusan berbeza itu gila. Kita dah ada kerajaan gila. Kita jangan gila. Dua bulan kalau duduk saja nak tunggu duit sampai memang habislah kita.

Ada orang dia keluar rumah jadi rider kerja hantar barang, ambil upah kerja pembersihan dalam taman perumahan, (ini orang boleh buat kerja berat).

Tapi kepada yang tak mampu nak buat kerja berat atas kekangan tertentu, cuba ambil masa terluang cari peluang untuk buat kerja di internet. Contohnya jadi ejen dropship ke, buat kerja freelancer ke, pergi jawab paid survey (kat Malaysia tak banyak tapi ada). Mulalah dengan apa sahaja yang kosnya rendah atau kalau ada tanpa kos lagi bagus. Ini semua kerja yang boleh guna handphone.

Orang nampak macam kita hilang fokus, tapi sebenarnya kita kena buat demi survival kita. Kita tak boleh makan dah ni tak kan nak tunggu dan tunggu sampai kes 4,000 kerajaan bagi keluar baru kita ada duit. Kalau makan cukup, api air dan bil lain pun kena bayar.

Yang dah berkahwin kena discuss. Jangan fikir sorang-sorang. Dua orang fikir lagi baik daripada seorang. Pada bulan Jun ramai bermula duduk rumah tanpa duit. Setiap bulan tak boleh keluar bekerja, semakin meningkat bilangan orang tak berduit. Jun, Julai, Ogos, akan sampai turn kita juga lambat laun. Jangan tunggu. Ini saya kata kepada yang masih survive pada bulan Julai.

Macam saya, saya pilih lain. Saya pilih bidang takaful untuk income bulanan. Modal saya hanya RM80 untuk exam. Tapi bukan semua orang boleh buat kerja ini. Sama macam saya tak boleh buat kerja yang orang lain buat. Kita masing-masing ada skill set yang berbeza.

Sekarang saya sedang explore bidang yang beri income mingguan pula sebab saya kena survive tahun 2021 ini kerana income daripada property memang zero.

Tahun ini dah kira gone case. Habis. Subsale tak boleh viewing, takde closing, pejabat kerajaan banyak tutup. Undercon, tahun lepas punya pun baru satu kes dapat. Nak tunggu lagi? Saya memang tak tunggu. Dua bulan lepas saya dah baca worst case scenario ini, dan saya dah make a move. Sekarang saya dah baca ia akan menjadi lebih parah. Last month saya dah start gerakan baru.

Pendek kata, expect the worst. The worst belum sampai. Tapi kita semua dah nazak.

Nota: Ini saya tujukan kepada mereka yang masih ada makanan atas meja dan ada duit dalam bank lagi. Kepada yang dah susah sangat tu, anda memang dah tak boleh fikir banyak, sila minta bantuan orang ramai. Jangan berdiam diri. Malu tolak tepi. Reach out.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...