Seorang lagi kawan saya di Kolej MARA Kulim dahulu cerita pasal rumah yang dibeli dah tamat MRTTnya tapi hutang bank ada 25 tahun lagi. Dia tanya saya apa nak buat.
Saya kata mula-mula kena sedar bahawa kalau berlaku kematian, maka tak kira rumah itu dibayar full oleh MRTT pun ia tetap kena FARAID sebab ia akan jadi HARTA PUSAKA.
OK untuk kes dia memang takde MRTT lagi. Sebaiknya cepat-cepat ambil Life Takaful dan hibahkan kepada pasangan.
Bila hibah maksudnya hadiah. Hanya boleh dibuat masa hidup. Kalau tak mampu nak bayar bulanan tinggi, ambil sahaja berapa mampu.
Contoh katakan hutang bank RM400K. Tapi mampu ambil Takaful RM200K sahaja coverage. Jadi RM200K dihibah kepada pasangan atau/dan ibubapa, maka terpulang kepada mereka rumah tadi nak dijual dan difaraidkan tapi waris ini ada duit hibah nak belanja/makan sehingga amaun RM200K.
Maksud di sini, lupakan lah pasal rumah nak dijadikan asset kepada pasangan dan anak-anak jika Takaful anda tak mampu nak cover full amaun jumlah baki hutang bank dan amaun nak ditebus kepada waris faraid lain.
Anda kena ada mindset sediakan duit hibah sahaja bukan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan