Isnin, 23 Ogos 2021

Buka Tutup, Buka Tutup, Rugi!


Musim Covid-19 ini banyak orang stop bayar Takaful dan surrender. Selain sebab tak mampu kadang-kala memang terambil melampau banyak sebab masa ambil dulu banyak duit.

Itulah sebabnya saya kata janganlah apply ikut nafsu atau ikut masa kita tengah banyak duit. Sebab polisi ni *kadang-kala ada yang tak boleh downgrade. Topup dengan polisi lain boleh.

Sekarang langsung dah takde coverage. Lain kali nak ambil balik jadi mahal sebab dah bertambah umur.

Ambil sekadar mampu bayar di saat susah dan senang. Sebagai perunding takaful memang kita ada rules of thumb nak cover berapa, tapi practicality pun nak kena tengok. Melainkan anda dah susun kewangan untuk tampung contribution yang agak tinggi untuk coverage lebih besar.

Setiap kali ambil, surrender, ambil balik, surrender, ambil balik ni semua rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan