Isnin, 23 Ogos 2021

Hibah Takaful Sahaja Yang CAIR Bila Kita Mati


" Mizi. Aku dah OK. Kereta BMW dah habis bayar, rumah dah habis bayar, ASB ada RM100,000 cash". Ini adalah apa yang kawan saya bagitahu saya lebih 12 tahun lalu. Masa itu saya pun keje makan gaji. Dengar je lah. Bukan boleh bagi nasihat apa-apa sendiri pun tak pandai dan takde duit sebanyak tu.

Tapi hari ini kalau saya jumpa dia, saya akan suruh dia ambil pelan takaful yang boleh dihibahkan.

Sebab apa? Sebab bila dia mati, semua yang dia sebut tadi akan dibekukan dulu untuk proses faraid.

Tapi hibah daripada takaful, akan dibayar segera kepada beneficiary (dalam masa kurang sebulan) dan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ia tidak boleh dicabar dan juga tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati.

Bukan saya nak kata faraid tak bagus dan bukan saya nak kata hutang simati jangan dibayar.

Ini kes di mana waris terdekat yang ditinggalkan seperti isteri, anak-anak dan ibubapa boleh hidup selesa seperti biasa sementara mereka menunggu harta faraid dan juga sementara mereka adjust hidup tanpa kebergantungan kepada si mati.

Akibat daripada proses faraid dan pencairan asset (jualan asset sukar cair seperti hartanah misalnya) yang mengambil masa terlalu lama, ada kes yang sampai waris yang sepatutnya menerima faraid pun mati dan bahagiannya kena difaraidkan pula.

Ini pun usaha kita, nak mati tak mati, nak jadi tak jadi pun Allah punya kuasa.

Hamizi Hamdan
Perunding Takaful
011 5415 2769

Tiada ulasan:

Catat Ulasan