SELAMAT DATANG.
As Salam dan Salam Sejahtera.
Izinkan saya memperkenalkan diri saya kepada semua pembaca blog ini.
Saya Hamizi berusia 43 tahun adalah asalnya seorang Jurutera Awam by profession yang berpengalaman luas bekerja dalam bidang pembinaan sejak 20 tahun lalu dengan pemaju, perunding pengurus projek, jurutera perunding dan kontraktor.
Saya meninggalkan pekerjaan sebagai Jurutera dan menjadi Perunding Hartanah Berdaftar sejak 2010 di mana saya menjalankan urusan jual/beli hartanah undercon dan subsale. Sekarang saya attach dengan CBD Properties Sdn Bhd.
Memandangkan ada keperluan untuk saya membantu client saya memohon pembiayaan LPPSA, saya telah menjadi seorang consultant di Grand Premier PLT yang membantu penjawat awam memohon pembiayaan LPPSA awal tahun ini (2021).
Apabila saya lihat banyak isu berkaitan MRTT dan MLTT yang tak mencukupi diberi oleh bank serta kurang prihatin peminjam berkenaan risiko rumah dilelong jika berlaku kematian peminjam, maka saya melihat keperluan untuk membantu memberi kesedaran peminjam berkenaan hibah takaful. Saya telah menyertai industri Takaful melalui FWD Takaful bagi menawarkan servis menilai polisi MRTT/MLTT sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan.
Semakin saya mempelajari berkenaan Takaful dan hibah, saya dapati bagi client yang mempunyai harta, mereka tidak akan mencapai hasrat peribadi dalam pembahagian harta kerana mereka tidak cakna berkenaan perancangan harta pusaka. Memandangkan bidang ini juga berkait rapat dengan apa yang saya buat (hartanah dan takaful) maka saya telah menambah portfolio dengan menjadi perancang harta pusaka Islam dengan as-Salihin Trustee Berhad.
Dalam banyak-banyak bidang yang saya ceburi saya sangat excited dengan perancangan harta pusaka Islam kerana, ini adalah ilmu pertama yang Allah tarik (tak ramai orang tahu), dan menjadi fardu kifayah kepada orang Islam. Malahan dengan membantu orang Islam merancang pentadbiran dan pengagihan harta pusaka diharap menjadi asbab untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tak pernah terbayang yang saya akan mengerjakan pekerjaan yang memberi sumbangan besar kepada ummah seperti ini. Semoga Allah memberkati usaha dan pekerjaan saya.
Menjadi harapan saya untuk kawan-kawan berlapang dada menerima ilmu-ilmu yang saya akan share yang mungkin berlainan dan baru. Kerana sifat ilmu itu memang ada tingkatan-nya. Semakin banyak kita belajar semakin kita sedar banyak lagi yang kita tak tahu.
Wallahualam.
Hamizi bin Hamdan
Jurutera Awam I Perunding Hartanah Berdaftar I Perunding Pembiayaan LPPSA I Perunding Takaful I Perancang Harta Pusaka Islam