Langkau ke kandungan utama

AKAUN TABUNG HAJI



10 Perkara Anda Kena Tahu Pasal Urusan Tabung Haji

.
1. Tak kiralah kalau anda plan nak pergi haji dengan pakej agensi atau lalu tabung haji, tetap kena ada akaun tabung haji.
.
2. Kalau anda daftar haji sekarang komputer akan generate giliran anda di tabung haji dalam 100 tahun akan datang. Tapi jangan gelabah, itu keje computer, yang kita tak tahu Allah mungkin nak jemput kita tahun ini. Wallahualam. Pergi daftar dulu.
.
3. Buka akaun RM10 dah boleh. Tapi nak daftar haji kena ada RM1,300 dalam akaun. Kalau ada akaun EPF dengan baki mencukupi, boleh print penyata terkini dan bawa ke tabung haji dan isi borang daftar haji. Tak payah ada RM1,300 dalam akaun tabung haji.
.
4. Boleh buat semua urusan tabung haji di kaunter Tabung Haji, Bank Islam dan Bank Rakyat. Saya buka akaun di Bank Islam semalam.
.
5. Bila nak buka akaun tabung haji anak-anak, maka ibubapa atau penjaga yang pegang amanah tu kena ada akaun dahulu. Untuk dewasa kena bawa IC (dan fotostat). Untuk kanak-kanak bawa sijil kelahiran original (dan fotostat). Duit RM10 untuk satu akaun dah mencukupi untuk permulaan.
.
6. Kalau lepas ini malas nak pergi masukkan duit ke tabung haji (macam saya), maka link kan akaun tabung haji dengan akaun bank. Dalam kes saya link ke akaun Maybank. Mula-mula, kena buat di mesin ATM. Link dulu akaun ibubapa/penjaga baru boleh link kan akaun semua anak-anak. Bila dah link akaun, dah boleh transfer duit dari akaun Maybank ke akaun tabung haji. Senang.
.
7. Kalau nak daftar haji boleh juga dibuat di mesin ATM atau di M2U. Pastikan duit dalam saving account Maybank ketika itu lebih daripada RM1,300. Kalau tak cukup tak boleh daftar. *Saya tak tahu samada perlu maintain baki RM1,300 atau tak kisah.
.
8. Untuk urusan tabung haji, guna interface M2U yang baru. Interface lama tak support.
.
9. Lepas beberapa tahun daftar (kalau tak silap ada minima tempoh menunggu) dan duit dah cukup dalam tabung haji boleh tulis surat rayuan ke tabung haji. Ini memang rezeki masing-masing. Ada orang dah pernah pergi dapat pergi lagi. Ada orang pergi haji pun pakai kabel politik (kuota). Ada orang dah merayu banyak kali macam mak abah saya dulu setiap tahun, sampai mati abah saya tak dapat pergi. Alhamdulillah mak dapat last minute lepas setahun abah meninggal dunia.
.
10. Bukakanlah akaun tabung haji untuk anak-anak seawal mungkin. Kalau kita tak dapat pergi pun dalam hayat kita, doakan anak-anak dapat pergi. Bab logik ke giliran 100 tahun tu tak payah fikir, itu bukan kerja kita. Bila Allah nak jemput jadi tetamu Nya, tak perlu logik pun.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...