Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu.
Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate.
.
Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%.
.
Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure.
.
Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong.
.
Ketiga-tiga rumah saya dah jual.
.
Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini:
.
1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tapi ada klausa tersembunyi perlu kita teliti seperti interest dinaikkan sebab 3 bulan tak bayar.
.
2. Bukan kemampuan pembeli meningkat untuk membeli rumah mahal tapi sebab interest turun daripada 7.45% (2002) kepada 3.2% (2021). Separuh bezanya.
.
3. Dulu bank bagi extra amount loan untuk bayar insurans (MRTA) full tenure pinjaman. Sekarang bank bagi 5% tu bayar dulu valuation report, bayar legal fees dan baki baru cover insurans. Macam kes rumah ketiga saya tu baki boleh cover 7 tahun sahaja.
.
4. Kalau penjawat awam yang ambil pinjaman LPPSA, mereka akan diwajibkan ambil MRTA sepanjang tenure. Bagi yang berumur 40-an dan ke atas bergantung kepada jumlah pembiayaan berkemungkinan insurans sahaja sekurang-kurangnya RM100K dan selebihnya boleh capai RM200K. Bayangkan banyaknya insurans kemudian kena interest 4% maximum tenure 35 tahun.
.
5. Untuk penjawat awam baik beli rumah sebelum 45 tahun. Lagi lambat banyak bajet lari ke insurans.
.
6. Untuk kes macam rumah ketiga saya, sebenarnya saya patut ambil insurans luar MLTA / MLTT coverage sebanyak nilai harga pasaran rumah masa itu (lebih lagi baik). Jangan tunggu lepas 7 tahun baru nak ambil. Ambil masa tu juga. Lagí bertangguh harga insurans makin mahal.
.
7. Saya pernah tanya banker RHB tu tentang insurans pendek setakat 7 tahun tu, dia kata, "U boleh extend, tapi kena bayar cash sendiri, tapi bank nak lump sum amount". Jadi option baik beli MLTT bayar ansuran bulanan dan assigned kepada pinjaman bank tadi. Insurans ni boleh ambil dengan mana-mana ejen tak semestinya bank yang kita pinjam.
.
Jangan lupa check balik agreement dan polisi. Kalau nak saya check pun boleh, WhatsApp je www.wasap.my/+601154152769
Tiada ulasan:
Catat Ulasan