Selasa, 1 Jun 2021

Tambahkan Pendapatan

 



Seruan saya kepada semua tambahkan pendapatan masa pandemik Covid-19.
.
Ini bukan kerja senang bagi kebanyakan orang. Selama tak ada pandemik pun tak ada idea macam mana pulak sekarang ada idea macam ini. Bukankah banyak bisnes tutup, banyak orang hilang kerja.
.
Saya tak ada penyelesaian untuk semua orang. Tapi mungkin sebahagian daripada anda. Mungkin ia sesuai untuk sesetengah orang dan tak sesuai untuk orang lain.
.
BUAT BISNES BERASASKAN SERVIS.
.
Servis (perkhidmatan) tidak memerlukan anda simpan stok barang. Stok barang boleh membunuh. Servis senang nak tuntut hutang bayaran. Tak bayar berhenti servis. Kerugian? Kecil. Mungkin rugi masa dan tenaga sahaja. Atau sedikit kos lain.
.
Kalau gagal sekalipun anda tak mungkin boleh bankrup (melainkan anda pinjam duit dalam amaun yang besar).
.
MULA KECIL.
.
Kita baru nak mula janganlah mengeluarkan kos yang agak melampau. Buat dalam ruang yang kita selesa. Tekanan perlu sedikit tapi tak wajar terlampau sangat.
.
Kita ambil masa belajar dan buat silap. Modal kecil bila buat silap atau rugi pun kecil. Jangan terpengaruh dengan kawan yang start besar. Bukan semua orang boleh handle.
.
DUDUK DALAM CIRCLE.
.
Ini nak kena buat pembetulan sedikit. Bukan duduk dalam circle orang pakai kereta besar. Duduk dalam kumpulan yang boleh push anda atau pull anda.
.
Jangan duduk dalam kumpulan yang anda adalah sumber bisnes depa. 😆
.
TIADA HARI REHAT
.
Urus masa anda betul-betul. Kalau anda nak berjaya, masa rehat tu tak perlu banyak cuma perlu berkualiti sahaja.
.
Kalau sikit-sikit penat. Sikit-sikit nak rehat, maka anda patut pergi beli nombor ekor atau tiket loteri. Lepas tu harap jadi Jutawan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan