Langkau ke kandungan utama

DAPAT HIDAYAH BUKA AKAUN TABUNG HAJI


Saya baru diberi 'hidayah' untuk buka akaun Tabung Haji. Walhal saya pernah kerja di anak syarikat Tabung Haji pada 2010/11 tapi tak pernah plan nak buka akaun.

🙈
.
Sebenarnya saya nak bukakan akaun untuk anak-anak. Tapi tak boleh buka kalau saya punya tak buka dulu.
.
Jadi tadi pagi saya ke Tabung Haji Seksyen 6, Bangi. Saya sengaja sampai lambat ingatkan tak ramai orang. Sekali sampai pukul 11 pagi, dia punya beratur keliling bangunan.
.
Memang tak kuasa lah saya nak menunggunya. Saya turun kereta dan pergi minta borang sahaja dengan Polis yang bertugas. Selepas diterangkan lebih kurang saya pun kata saya isi borang dulu lain kali saya datang.
.
Masuk kereta saya teringat masa saya buka website ada kata Bank Islam dan Bank Rakyat pun boleh buka akaun. Jadi saya melencong ke Bank Islam Seksyen 8, Bangi.
.
Nampak tak ramai orang beratur. Oklah. Dah tanya staff depa kata boleh buka akaun di sini. Jadi saya pun isi borang semua. Lama juga lah nak isi 5 borang.
.
Akhirnya sampai turn saya. Saya dah sedia bawa latest EPF statement untuk daftar haji, tapi kata pegawai bank tu 3 kali di key-in, 3 kali kena reject dengan alasan baki tidak mencukupi. Hare betul. Walhal statement tu memang ada duit dalam akaun 1 dan 2 (ehem, saya tak termasuk golongan dah habis duit EPF).
.
Saya malas nak sakit kepala fikir pasal benda di luar kawalan saya, saya kata lain kalilah saya cuba lagi. Hari ini cuma buka akaun saya dan anak-anak je dulu.
.
Dahulu saya tak daftar haji adalah kerana, di antara umur saya budak-budak sampai baru keluar U, mana saya ada duit, saya bukan anak orang kaya. Duit simpanan yang ada sikit tu pun sampai masuk MRSM je cukupnya.
.
Bila dah kerja (20 tahun), saya lihat yang daftar gilirannya 100 tahun, saya rasa tak payah lah daftar, buang masa. Kalau kaya dan mampu nanti bayar je yang pakej mahal. Masalahnya yang saya tak tahu, nak pakai pakej pun kena ada akaun tabung haji juga. 😆
.
Dan masa saya kerja tabung haji saya takde pulak niat nak jadi petugas haji supaya dapat jadi haji free macam kebanyakan staff tabung haji. Sibukkan hal duniawi. Opps sebenarnya masa tu saya dalam proses nak bercerai-berai, mana ada fikir semua benda ni.
.
Saya sebenarnya faham sangat bahawa, rezeki pergi haji ini dah tertulis di luh mahfuz sana. Pusing kok mana pun kalau dah tertulis ada, maka ada lah. Kalau takde tu takde lah.
.
Jadi kenapa saya pergi nak register tadi? Sebab saya tak tahu apa yang ditulis di luh mahfuz tu, jadi saya buat je lah apa yang mampu, bukan susah mana pun.
.
Balik tadi saya buka Maybank2u untuk check kalau nak transfer duit daripada akaun Maybank ke akaun Tabung Haji. Sekali saya nampak boleh DAFTAR HAJI lalu Maybank2u. Ini sudah baik. Kena guna interface M2u yang baru je.
.
Klik sana klik sini, sekali katanya saya tadak akaun Tabung Haji. Biar betik. Tadi dah bukak.
.
Study lagi, rupanya kena daftarkan no akaun Tabung Haji tadi kat ATM Machine dulu. Oklah bila singgah Petronas Bandar Seri Putra nanti lah baru buat.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...