Rabu, 9 Jun 2021

Baiki Hidup Dengan Buat Sales



Post ini adalah sempena Covid-19, sempena PKP, sempena lockdown dan ditujukan kepada budak-budak Melayu yang belajar setakat SPM.

.
1. Anda belajar sampai SPM sahaja? Mungkin ada banyak sebab, seperti sendiri tak minat belajar, keluarga miskin, ada halangan, dan sebagainya. Itu semua sebab sahaja. Sebenarnya itu rezeki anda yang dah ditulis.
.
2. Sebahagian besar anda pasti sedang bergelut dan hidup susah, terutama yang tinggal di bandar. Kerana gaji permulaan dibayar mengikut sijil yang ada. Kerja yang bergaji besar perlukan ijazah.
.
3. Saya selalu nampak ada cara untuk anda baiki taraf hidup. Tetapi ia memerlukan anjakan paradigma.
.
4. Buat perkara yang sama berulang-kali dan mengharap keputusan berbeza itu gila.
.
5. Buat kerja yang sama setiap hari dan harap taraf hidup anda dapat diperbaiki itu gila.
.
6. Ada ramai dari anda rajin bekerja. Tetapi tak faham yang jika anda nak baiki taraf hidup anda perlu dibayar untuk NILAI KERJA bukan masa bekerja.
.
7. Untuk itu anda kena buat kerja yang BERNILAI.
.
8. Bukan saya nak kata kerja bawahan itu tak bernilai, jangan baca macam pembaris.
.
9. Orang yang sanggup bayar anda mahal, akan bayar jika anda beri NILAI.
.
10. Susah nak fikir? OK tak payah fikir. Apa kata anda beranikan diri terjun ke dunia SALES.
.
11. Tak pernah buat? Takut? Susah? Macam ini lah. Semua kerja bila pertama kali kita buat, pun susah. Kita belajar.
.
12. Dalam sales sebenarnya banyak pelajaran (dan banyak duit). Nak pandai cakap, buat sales. Nak pandai pengaruh orang, buat sales. Nak ramai kawan, buat sales. Nak pandai kira duit, buat sales. Nak pandai bisnes, buat sales.
.
13. Tapi janganlah buat sales yang nilai kecil. Alang-alang tu buat sales yang sedang besar atau terus besar.
.
14. Susah, belajar. Susah, tahan. Belajar dan buat. Buat silap, baiki. Buat silap baiki. Duit tak datang bergolek.
.
15. Kalau tak nak susah hidup, biar susah dulu belajar buat sales.
.
16. Sebenarnya semua orang boleh buat sales. Cuma diri sendiri yang meragui keupayaan sendiri. Orang lain tak kata apa pun.
.
17. Lagi satu yang selalu membunuh adalah sifat bertangguh. Tangguh pasal takut ke tangguh pasal malas? Ada masa tak payah fikir banyak, terus langgar sahaja.
.
18. Lagi satu perangai tak menghargai guru tu kena buang. Orang Cina nak belajar depa cari guru. Orang Melayu dia nak suruh guru cari dia. Perangai ini ubahlah.
.
19. Lagi satu perangai nak hasil cepat. Orang yang dah kaya tu berniaga dah 30 tahun, ini baru buat kerja tak sampai setahun give up. Masa start excited, lepas tu ke laut yang paling dalam.
.
20. SPM ke ijazah ke itu semua entry ticket sahaja. Apa yang nak jadi bertahun akan datang adalah attitude anda hari ini.
.
Akhir sekali ingat. Jangan bergantung harap dengan manusia, nanti kecewa. Jangan ingat anda Melayu akan dapat layanan istimewa. Anggap tak ada apa yang special pun jadi Melayu, baru anda boleh cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan