Selasa, 1 Jun 2021

Pembaharuan Sempena Ulangtahun Ke-8 Blog Ini


Saya mendapat banyak cadangan daripada kawan-kawan dan pembaca untuk membesarkan ruang lingkup blog ini daripada tentang hartanah semata-mata.

Memandangkan saya memang mempunyai kelulusan akademik dalam bidang kewangan, maka saya bercadang untuk mempelbagaikan post blog ini merangkumi perancangan kewangan peribadi.

Selain itu gaya penulisan blog juga akan berubah supaya ia lebih bersifat perkongsian daripada menasihati.

Diharap perubahan yang dibuat sempena usia blog ini yang ke-8 tahun pada 1 Jun 2021 akan mendapat sambutan daripada para pembaca.

Semoga apa yang dikongsikan akan memberi manfaat. InshaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan